BUTTERWORTH: Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merusuh dengan senjata sehingga mencederakan seorang lelaki di Butterworth, Jumaat lepas.
Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 15 hingga 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa secara bersama telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun dengan menggunakan parang dan kayu.
Bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing secara berasingan didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang di tempat awam tanpa kebenaran sah.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Lorong Bunga Raya 2, Taman Bunga Raya, Seberang Perai Utara, kira -kira jam 7.15 malam, 3 Mei lepas.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, pula memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat sekiranya didapati bersalah.
Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail, serta Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong dan Mohd Azhar Hamzah, manakala enam tertuduh diwakili peguam Rafael Abdullah, sementara yang lain tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing antara RM20,000 hingga RM28,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, syarat tambahan turut dikenakan iaitu semua tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan dengan apa cara sekalipun hingga kes selesai.
Kes akan disebut semula pada 10 Jun depan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula mereka turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganggotai 'Geng 24' iaitu sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Media sebelum ini melaporkan sekumpulan lelaki warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Siasatan pihak Polis mendapati punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.
Terdahulu tular video pendek berdurasi empat saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di lokasi tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 08 2024
Kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 15 hingga 51 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Butterworth hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
Pengurus bangunan menyamar Ketua Polis Johor didenda RM1,000
Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Ketua Polis Johor.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.